Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

TANDA-TANDA ORANG ARIFBILLAH

Foto Fridian Nurdini.
Inframe :
Dr atas, Panjenenganipun Syaikhona Kholil, Bangkalan.
Baris ke-2 dr kiri ke kanan, Panjenenganipun Almaghfurllaah KH As'ad Syamsul Arifin, Syaikhina Wa Murobbi Ruuhi Almaghfurllaah KH Abdul Hamid Pasuruan, Hadrotussyaikh KH Hasyim Asyari.
Baris ke-3 dr kiri ke kanan, Panjenenganipun Mbah KH Musthofa Bisri (Gus Mus), Almaghfurllaah KH Abdurrahman Wahid (Gus Dur), Mbah KH Maimun Zubair.
Baris ke-4 dr kiri, panjenenganipun Syaikhina Wa Murobbi Ruuhi Abah Maulana Alhabib Luthfy Bin Ali Bin Hasyim Bin Thoha Bin Yahya, kemudian yg terakhir Almaghfurllaah KH Achmad Hasyim Muzadi.

Sepertimana kata guruku, tanda-tanda orang 'Arifbillah (Wali Allah) itu adalah seperti berikut:
1. Apabila kita duduk dengannya, kita akan mendapat ilmu makrifat.
2. Apabila kita bersalaman dan berdakapan dengannya, kita akan memperolehi limpahan rohani.
3. Apabila kita memandang dirinya, akan terus mengingatkan kita kepada Wujud Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
4. Apabila kita mendengar perkataannya, kata-katanya itu dapat mengikis keaiban-keaiban seperti sombong, riak, takbur, ujub, hasad dengki dan marah dari perasaan dan hati kita yang terdalam.
5. Apabila sering bersamanya, kita akan dapat merasakan ketenangan dan keberkatan cahaya yang keluar dari dirinya.
6. Apabila ada orang lain yang cuba memusuhi dan menyakitinya, diri kita juga akan sama terasa sakit dan dimusuhi.
7. Apabila kita berjauhan dengannya, kita akan terasa begitu rindu dengannya dan segera ingin bertemu.
8. Apabila kita tiada bersamanya pada suatu ketika, kita akan merasa seluruh alam bahkan hidup kita ini sunyi dan kekosongan tanpanya.
9. Arifbillah itu tidak suka mencela atau menghina ilmu-ilmu yang terdapat pada orang-orang sufi yang Haq.
10. Arifbillah itu termasuk golongan Auliya’ Allah, namun tidak semua Auliya’ Allah itu adalah daripada kalangan ulama'.
'Arifbillah atau Auliya’ Allah itu boleh jadi seperti orang biasa dalam kedudukan masyarakat kita yang tidak ada pangkat dan harta, dan sedikit sahaja orang mengenalinya, ada yang suka hidup memencilkan diri dan dipinggirkan keluarga serta masyarakat.
11. Arifbillah atau Auliya’ Allah adalah terlalu sedikit jumlahnya yang ada di dunia ini berbanding ulamak yang jumlahnya terlalu ramai dan mudah dikenali.
12. Pada kebiasaannya, tanda-tanda seorang itu Arifbillah atau Auliya’ Allah adalah dirinya sering menerima pelbagai ujian dari masyarakat awam yang tidak mengenali martabat kemuliaannya yang tersangat hampir di sisi Allah dan sebagai kekasih Allah.
13. Masyarakat awam sering melemparkan kutukan dan kata-kata yang kesat, tuduhan dan fitnah, mengejek dan memperli ajaran-ajarannya serta kebaikan-kebaikan yang dilakukannya di jalan Allah.
14. Sesiapa yang memuliakan Arifbillah, Allah juga akan memuliakannya meskipun ia seorang ahli maksiat. Sesiapa yang memusuhi Arifbillah, Allah juga akan memusuhinya meskipun ia seorang ahli ibadah.sumber